Telefon bimbit 'hadiah' istimewa buat atlet Olimpik - Utusan Malaysia

Telefon bimbit ‘hadiah’ istimewa buat atlet Olimpik

SETIAP atlet yang bertanding dalam Sukan Tokyo 2020 akan menerima Samsung Galaxy S21 5G edisi Olimpik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas disambut dengan pemandangan indah dengan bilik menghadap sungai di Perkampungan Olimpik, beberapa atlet Malaysia turut berkongsi keterujaan mereka dengan layanan penganjur.

Jika di Sukan Olimpik Rio 2016, setiap atlet akan diberi sebuah telefon bimbit Samsung Galaxy S7 Edge, di temasya Tokyo 2020 pula mereka menerima Samsung Galaxy S21 5G edisi Olimpik.

Keterujaan itu dikongsi beregu badminton negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik dalam Instagram mereka.

SETIAP pemain akan menerima bulu tangkis masing-masing.

Tidak hanya itu, pemenang pingat perak Rio 2016, Goh Liu Ying yang memulakan latihan pertama hari ini turut berkongsi pengalaman bagaimana setiap pemain badminton tidak perlu berkongsi bulu tangkis kerana diberikan tabung masing-masing.

Apa yang mengujakannya, setiap tabung akan tertera wajah pemain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya