Tak mudah nak ‘makan’ Denmark - Utusan Malaysia

Tak mudah nak ‘makan’ Denmark

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROME: Jose Mourinho memberi amaran kepada England mereka akan berdepan kesukaran apabila menentang Denmark selepas skuad kendalian Gareth Southgate itu membelasah Ukraine 4-0 untuk mara ke separuh akhir Euro 2020.

Biarpun kagum dengan prestasi yang dipamerkan Three ­Lions, namun dia memberi amaran lawan mereka di separuh akhir jauh lebih mencabar.

Selepas kalah dalam dua perlawanan pembukaan, Denmark meneruskan kebangkitan luar biasa ketika menumpaskan Republik Czech 2-1 di Baku.

“Denmark sangat mantap dan sudah menemui corak permainan baharu berbanding di awal sai­ngan.

“Mereka memulakan kempen dengan memberi peranan No.10 (tengah menyerang) kepada Christian Eriksen dan menggunakan empat pertahanan.

“Sekarang mereka menggunakan tiga pertahanan. Denmark pasukan serba lengkap dan sangat positif. Selepas apa apa yang berlaku kepada Christian (serangan jantung), mereka begitu emosional.

DENMARK akan menentang England dalam separuh akhir Euro 2020.

“Saya rasa itu akan memberi kesukaran buat England biarpun beraksi di tempat sendiri,” kata Mourinho.

Dalam aksi di Stadium Olympic, jaringan Thomas Delaney dan Kasper Dolberg membolehkan Denmark mendahului 2-0 pada babak pertama.

Czech cuba bangkit di separuh masa kedua dan merapatkan jurang menerusi penyerang sensasi Patrik Schick pada minit ke-49.

Jaringan itu membolehkan Schick berkongsi lima gol bersama Cristiano Ronaldo dan ber­ada di landasan memburu Kasut Emas, namun gagal membawa pasukannya mara ke separuh akhir tidak memberi erti buatnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya