PETALING JAYA: Hasrat penembak negara, Nur Suryani Taibi untuk memecah rekod kebangsaan miliknya sendiri dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 tidak kesampaian dan dia menamatkan saingan 50 meter air rifle tiga posisi di kedudukan ke-34 daripada 37 peserta, sebentar tadi.
Nur Suryani mengumpul 1,142 mata di Lapang Sasar Menembak Asaka, 30 mata di belakang catatan peribadi terbaiknya 1,172.
Keputusan tersebut menyaksikan atlet berusia 38 tahun itu gagal melayakkan diri ke pusingan akhir yang mana hanya lapan peserta terbaik berjaya meneruskan kemaraan.
Acara kelayakan itu dikuasaiYulia Zykova dari Majlis Olimpik Rusia (ROC) dengan 1,182 mata, manakala penembak Amerika Syarikat, Sagen Maddalena dan Jolyn Beer dari Jerman masing-masing meraih 1,178 mata.
Ini penampilan kedua Nur Suryani dalam Sukan Olimpik selepas mengambil bahagian buat kali pertama di London 2012 dalam acara 10m air rifle, yang menyaksikan dia hamil lapan bulan ketika itu.