Sukan SEA 2021 ditunda - Utusan Malaysia

Sukan SEA 2021 ditunda

KEReSAHAN atlet mengenai status Sukan SEA 2021 akhirnya terjawab selepas ia tidak akan dibatalkan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengesahkan Sukan SEA 2021 yang dijadualkan bermula hujung November ini terpaksa ditunda ke tahun depan.

Badan induk tersebut dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat setelah Persekutuan Sukan SEA membuat persidangan pada hari ini.

“Persekutuan Sukan SEA yang bersidang pada hari ini bersetuju untuk menangguhkan penganjuran Sukan SEA bagi edisi ke-31.

“Sukan SEA 2021 sepatutnya berlangsung dari 21 November hingga 2 Disember depan.

“Anggota Persekutuan Sukan SEA memuji kerja yang telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Penganjur Vietnam selama ini dan mengambil perhatian mengenai keadaan semasa wabak Covid-19 di rantau Asia Tenggara,” kata MOM menerusi Facebook, sebentar tadi.

Tambah MOM, tarikh baharu bagi temasya berprestij Asia Tenggara itu akan ditentukan oleh Majlis Persekutuan Sukan SEA.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya