Stadium tetap bingit tanpa penyokong - Utusan Malaysia

Stadium tetap bingit tanpa penyokong

BIARPUN Sukan Olimpik sunyi tanpa penonton, namun tuan rumah cuba memeriahkan temasya dengan pelbagai cara, termasuk mendatangkan boneka gergasi setinggi 10 meter yang diberi nama ‘Mocco’ dari Tohoku sebagai sebahagian Festival Nippon menjelang Tokyo 2020. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Sukan Olimpik Tokyo 2020 sedia mencontohi penganjuran kejohanan lain dalam situasi pandemik Covid-19 apabila menggunakan audio sorakan penyokong bagi memeriahkan suasana di venue yang sunyi ekoran halangan kemasukan penonton.

Presiden Jawatankuasa ­Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach percaya, itu antara usaha membawa ‘getaran’ seluruh dunia ke dalam stadium.

“Kami akan menggunakan cara seperti itu selepas pihak berkuasa Jepun membuat keputusan untuk tidak membenarkan penonton memasuki di kebanyakan venue,” kata Bach.

Selepas mengadakan run­dingan bersama IOC, kerajaan Jepun kekal dengan keputusan tidak membenarkan penyokong luar hadir ­menyaksikan temasya, malah penonton tempatan juga tidak sepenuhnya boleh memasuki venue.

Pengumuman untuk tidak membenarkan penonton masuk sudah diumumkan minggu lalu.

“Kami tidak mahu atlet rasa sunyi di dalam stadium. Kami mahu menunjukkan kepada mereka ramai peminat bersama mereka dan menyokong mereka.

“Kami telah mengenal pasti berdasarkan pengalaman daripada kejohanan lain untuk membawa masuk getaran penyokong bersama atlet di ­venue,” kata Bach.

Tambahnya, audio tersebut akan digunakan dalam setiap sukan pada temasya kali ini, yang akan dibuka secara rasmi pada Jumaat ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya