Soniia tak sabar nak beraksi di Olimpik - Utusan Malaysia

Soniia tak sabar nak beraksi di Olimpik

SONIIA CHEAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik buat kali pertama pada usia agak lewat, namun Soniia Cheah amat teruja untuk membuat penampilan sulung dalam temasya sukan terulung dunia itu.

Menginjak usia 28 tahun pada 19 Jun lalu, pemain kelahiran Kuala Lumpur akan beraksi sebagai pemain profesional dalam acara badminton perseorangan wanita pada temasya 23 Julai hingga 8 Ogos.

Soniia bagaimanapun mendapat sokongan penuh daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dengan menjalani latihan pusat bersama skuad kebangsaan di Bukit Kiara bermula bulan lalu sebelum berlepas ke Tokyo pada 17 Julai.

“Memang sangat teruja untuk ke ­Sukan Olimpik kerana ini penampilan pertama saya di temasya itu.

“Persediaan berjalan baik di bawah BAM. Motivasi semakin tinggi dan paling penting bebas kecederaan.

“Buat masa sekarang saya menjalani latihan di bawah seliaan jurulatih Loh Wei Sheng.

“Dia akan memantau daripada segi latihan dan kecergasan,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Soniia salah seorang daripada 18 atlet wanita yang akan beraksi di Tok­yo 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya