Shah Firdaus idam pingat Olimpik - Utusan Malaysia

Shah Firdaus idam pingat Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun membuat penampilan sulung dalam Sukan Olimpik, Shah Firdaus Sahrom membawa misi besar dalam Sukan Olimpik Tokyo apabila berazam untuk pulang sekurang-kurangnya dengan sebutir pingat.

Pelumba berusia 25 tahun itu akan beraksi dalam dua acara – keirin dan pecut bersama ikon berbasikal negara, Azizulhasni Awang pada temasya 23 Julai hingga 8 Ogos.

“Berjaya layak ke Sukan ­Olimpik adalah impian menjadi kenyataan, saya sangat gembira dengan pencapaian itu dan berterima kasih kepada jurulatih John (Beasley), Azizul, rakan sepasukan serta Yayasan Sime Darby (YSD).

“Saya akan tampilkan aksi terbaik di Olimpik nanti dan mahu pulang dengan kejayaan,” katanya semalam.

Pasukan berbasikal YSD te­lah membelanjakan RM2.6 juta untuk program Road to Tokyo melibatkan tiga pelumba, termasuk Shah Firdaus, Muhammad ­Fadhil Zonis dan

Anis Amira Rosidi meliputi 45 kejohanan antarabangsa serta lima kejohanan kebangsaan.

Sementara itu, Pengerusi YSD, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar yakin gan­dingan Shah Firdaus dan Azizul mampu mencipta sesuatu pada saingan di Tokyo nanti.

“YSD mengucapkan selamat maju jaya buat Shah dan Azizul pada Sukan Olimpik. Kami faham Olimpik kali ini sangat berbeza dan mungkin sukar untuk menyesuaikan diri.

“Bagaimanapun, kami yakin kedua-dua atlet ini serta seluruh kontinjen negara akan me­lakukan yang terbaik bagi membanggakan Malaysia,” ujarnya yang juga bekas Presiden Majlis Olimpik Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya