TOKYO: Israel terus ‘dimalukan’ dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila seorang lagi atlet bertindak menarik diri kerana enggan bertemu wakil negara itu dalam acara judo.
Mohamed Abdalrasool dari Sudan sepatutnya menentang Tohar Butbul dalam kelas 73 kilogram semalam, namun dia tidak datang ke gelanggang pertarungan.
Menurut pegawai Olimpik, Mohamed sudahpun menimbang berat badan untuk menyertai pertarungan pusingan 32 terakhir itu tetapi tidak muncul pada hari pertandingan.
Persekutuan Judo Antarabangsa masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai penarikan diri atlet ranking ke-469 itu, begitu juga pegawai Olimpik Sudan.
Mohamed adalah atlet judo kedua selepas Fethi Nourine dari Algeria menarik diri daripada temasya sukan terbesar dunia itu kerana enggan menentang wakil dari Israel.
Nourine serta jurulatihnya, Amar Benikhlef mengumumkan keputusan mereka Khamis lalu dan TV Algeria dia tidak mahu tangannya kotor kerana melawan pesaing dari Israel.
“kami telah bekerja keras untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik, namun perjuangan Palestin lebih besar daripada semua itu.
“Kedudukan saya konsisten dalam isu Palestin, dan saya menolak normalisasi. Jika saya bertarung dalam Sukan Olimpik, Tuhan tidak akan menghukum,” katanya.