Seluar koyak sekat pecah rekod dunia - Utusan Malaysia

Seluar koyak sekat pecah rekod dunia

KRISTOF MILAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Pemegang rekod dunia, Kristof Milak berjaya meraih pingat emas dalam acara 200 meter kuak kupu-kupu dan mencatat rekod Olimpik, namun dia merungut kerana seluar renangnya koyak.

Perenang Hungary berusia 21 tahun itu memecah rekod Olimpik milik Michael Phelps yang dilakukan 13 tahun lalu dengan kepantasan 1 minit 51.25 saat.

Catatan itu dua saat lebih pantas berbanding lawannya, Tomoru Honda dari Jepun yang meraih perak, manakala perenang Itali, Federico Burdisso ketiga.

Milak berkata, seandainya seluar renangnya tidak koyak mungkin dia mampu mencipta rekod dunia baharu.

“Ia koyak kira-kira 10 minit sebelum saya masuk kolam dan saya sedar rekod dunia telah lebur.

“Saya hilang fokus dan saya tidak boleh melakukannya dan saya gembira dengan pingat emas,” katanya yang kemudian mencampak seluar yang koyak di atas meja.

Juara Sukan Olimpik London 2012, Chad le Clos dari Afrika Selatan sekadar menduduki tempat kelima dalam penampilan terakhirnya di temasya sukan terbesar dunia.

Milak, 21, memegang rekod dunia 1:50.73s yang dilakukan pada 2019. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya