Selangor, PJ City, UiTM FC tak perlu 'menumpang' - Utusan Malaysia

Selangor, PJ City, UiTM FC tak perlu ‘menumpang’

PASUKAN Selangor akan mengharungi baki saingan Liga Super di Stadium Petaling Jaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor, Petaling Jaya (PJ) City dan UiTM FC dibenarkan kembali menggunakan gelanggang sendiri sebagai tuan rumah untuk mengharungi baki saingan Liga Super yang kembali bersambung, Sabtu ini.

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan semalam mengesahkan, Selangor dan PJ City akan beraksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sementara UiTM FC kembali ke Stadium UiTM, Shah Alam.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab. Ghani Hassan berkata, keputusan itu dibuat selepas kerajaan menamatkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Selain tiga pasukan itu, dua kelab Liga Perdana, Negeri Sembilan dan Skuad Projek FAM-MSN juga dibenarkan kembali beraksi di venue asal iaitu di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi dan Stadium UiTM.

“Berdasarkan perkembangan terkini diumumkan kerajaan, pasukan yang sebelum ini berada di kawasan PKPD kini dibenarkan menggunakan venue masing-masing selepas PKPD ditamatkan termasuk daerah Seremban petang ini untuk membolehkan Stadium Tuanku Abdul Rahman digunakan pasukan Negeri Sembilan FC.

“Ini sudah pasti berita yang menggembirakan buat pasukan terbabit memandangkan sebelum ini mereka tidak dibenarkan beraksi di venue dalam kawasan PKPD dan diminta mencari venue lain,” katanya semalam.

Selangor akan menyambung kempen Liga Super dengan menentang Kuala Lumpur di Stadium Kuala Lumpur (KLFA), Cheras pada Sabtu ini dan sepatutnya menerima kunjungan Johor Darul Ta’zim (JDT) di venue sama pada 28 Julai.

Skuad Red Giants kini akan menentang Harimau Selatan di MBPJ, manakala PJ City bertemu Sabah di Petaling Jaya, Sabtu ini.

Sementara itu, perkemba perlawanan di antara UiTM FC menentang Perak yang sebelum ini dijadualkan pada 8 Ogos di Stadium Majlis Perbandaran Manjung diawalkan sehari di Stadium UiTM.

MFL juga telah mengemukakan permohonan bagi mendapatkan kebenaran khas kepada pasukan Liga Malaysia susulan prosedur operasi standard (SOP) Fasa 2 di Sabah yang menyaksikan individu memasuki negeri itu perlu menjalani kuarantin selama 14 hari.

“Kami berharap, permohonan bagi mendapatkan kebenaran khas Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah akan diluluskan,” kata Ab. Ghani.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya