Sebutir emas sasaran realistik - Utusan Malaysia

Sebutir emas sasaran realistik

BADMINTON antara sandaran pingat Malaysia dalam Sukan Olimpik Tokyo.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga pingat, termasuk sebutir emas yang di­sasarkan kontinjen Malaysia dalam Sukan Olimpik 2020 adalah realistik, malah tidak mustahil boleh dijelmakan.

Sama ada berbasikal, terjun atau badminton, ketiga-tiga sukan ini berpotensi menghasilkan emas dalam edisi ke-32 temasya.

Semalam, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengumumkan sasaran rasmi kontinjen negara di Tokyo selepas mengadakan me­syuarat bersama Majlis Sukan Negara (MSN).

“Atlet dalam keadaan serba mencabar dan berdepan suasana yang sama sekali luar kebiasaan selain tidak dapat menjalani latihan seperti biasa.

“Mereka juga kurang pendedahan antarabangsa untuk me­ningkatkan daya saing. Kita perlu sederhanakan jangkaan selepas mengambil kira semua faktor.

“Realistiknya edisi tahun ini, sandaran adalah membawa pulang satu emas daripada tiga pingat melalui tiga sukan badminton, berbasikal trek dan akuatik,” kata Reezal Merican.

 

CHEONG Jun Hoong (kiri) ketika meraih pingat perak bersama Pandelela Rinong dalam Sukan Olimpik Rio 2016.

Bagi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), tiada yang mengejutkan daripada sasaran diumumkan, malah bersedia menyahut cabaran menjadi salah satu sukan yang membutirkan pingat buat negara.

“Saya fikir, ia sasaran yang sewajarnya.

“Bagi badminton, kami tidak meletakkan sasaran khusus tapi sentiasa percaya bahawa pingat boleh dibawa pulang.

“Kami beritahu pemain cuba kejar pingat (tanpa mengira warna) dan beri yang terbaik, kalau dapat emas ia sudah tentu pencapaian terhebat.

“Tekanan perlu ada, tapi dalam masa sama, ia tidak harus keterlaluan,” kata Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh kepada Utusan Malaysia.

AZIZULHASNI Awang bersedia untuk menggegar Tokyo 2020.

Menurut Kenny, BAM tidak pernah menyatakan secara spesifik daripada acara apa dan siapa pingat disasarkan, sebaliknya percaya, semua lapan wakil yang bertanding dalam lima acara di ­Tokyo mempunyai peluang.

Seramai 30 atlet melibatkan 10 jenis sukan menggalas cabaran Malaysia di Olimpik 2020, yang akan membuka tirai secara rasmi Jumaat ini.

Bagi berbasikal trek, tumpuan terarah kepada Datuk Azizulhasni Awang yang pernah meraih gangsa pada edisi 2016 di Rio de Janeiro, Brazil menerusi acara keirin.

Dalam badminton, juara All England, Lee Zii Jia, selain beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying menjadi harapan, manakala Pandelela Rinong serta Cheong Jun Hoong adalah prospek bagi acara terjun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya