San Marino negara terkecil raih pingat Olimpik - Utusan Malaysia

San Marino negara terkecil raih pingat Olimpik

LESSANDRA Perilli (kanan) bersama pemenang pingat emas, Zuzana Rehak Stefecekova (tengah) dan Kayle Browning (gangsa) acara trap wanita Sukan Olimpik di Lapang Sasar Menembak Asaka, Nerima semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Walaupun bukan kilauan emas, namun sebutir gangsa yang diraih Alessandra Perilli cukup membuatkan seluruh San Marino bergembira kerana muncul negara pa­ling kecil memenangi pingat Sukan Olimpik.

Dilahirkan di Rimini, Itali, Perilli meraih gangsa acara menembak trap wanita, sekali gus menghadiahkan pi­ngat pertama buat negaranya dalam sejarah 61 tahun.

Perilli, 33, membidik 29 mata dalam perlawanan akhir, 14 mata di belakang penembak Slovakia, Zuzana Rehak Stefecekova yang mencipta rekod Olimpik untuk me­raih emas. Perak milik Kayle Browning dari Amerika Syarikat (AS) dengan 42 mata.

San Marino, negara terkecil di dunia yang dikelilingi Itali dan hanya mempunyai 34,000 penduduk.

Hanya 25 minit diperlukan untuk mengelilingi seluruh negara itu dengan memandu kereta.

ALESSANDRA Perilli (kiri) meraikan kejayaan memenangi pingat gangsa trap wanita Sukan Olimpik bersama jurulatihnya di Lapang Sasar Menembak Asaka, Nerima semalam. – AFP

Sejak mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik Rom 1960, mereka telah menyertai 14 temasya musim panas dan 10 musim sejuk dengan melibatkan 93 atlet.

Bagaimanapun, semua ­usaha memburu pingat tidak pernah berhasil sehinggalah Perilli, ibu kepada seorang anak menghadiahkan gangsa yang amat bermakna.

Pada Sukan Olimpik London 2012, Perilli hampir memahat sejarah, namun terlepas pingat selepas ter­singkir menerusi shoot-off.

Empat lagi atlet San Marino yang bertanding di Tokyo 2020 adalah penembak trap lelaki, Paolo Persoglia, perenang Arianna Valloni serta atlet gusti, Myles Amine.

San Marino negara kedua selepas Turkmenistan meraih pingat pertama mereka dalam sejarah Sukan Olimpik di ­Tokyo.

Selasa lalu, atlet angkat berat Turkmenistan, Polina Guryeva, 28, menghadiahkan pingat pertama negara itu dalam acara 59 kilogram wanita dengan meraih perak. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya