Rehat, fokus Colombia – Messi - Utusan Malaysia

Rehat, fokus Colombia – Messi

JURULATIH Argentina, Lionel Scaloni memberi arahan kepada pemainnya dalam sesi latihan di Brasilia semalam menjelang pertemuan menentang Colombia pada separuh akhir Copa America esok. – Ihsan Seleccion Argentina
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRASILIA: Bintang Argentina, Lionel Messi menggesa rakan-rakan seperjuangan berehat dengan cukup dan menumpukan perhatian terhadap separuh akhir menentang Colombia di Stadium Nasional, Brasilia esok.

Penyerang prolifik Argentina itu berkata, berada di pentas empat pasukan terbaik merupakan objektif skuad La Albiceleste dalam kejohanan berprestij Amerika Selatan tersebut.

“Sekarang, apa yang paling penting adalah mendapatkan rehat yang secukupnya, kemudian kami perlu memikirkan cara untuk berdepan dengan Colombia.

“Mereka mempunyai barisan pertahanan yang sangat bagus dan serangan balas mereka juga sangat pantas,” kata Messi yang turut menegaskan pencapaian individu merupakan bonus untuknya.

Messi, 34, yang juga kapten Argentina kini mengumpul 76 gol buat negara, hanya satu jaringan untuk menyamai rekod Amerika Selatan milik legenda Brazil, Pele.

Sementara itu, Lautaro Martinez yang membantu Argentina menang 3-0 ketika menentang Ecuador di suku akhir menerusi sumbangan satu gol, memahami mesej yang disampaikan oleh Messi.

“Kami semua mengikuti kepimpinan Messi. Hari ini kami dapat menyaksikan satu lagi cara bagaimana dia melakukan perbezaan. Kami semua mengikutinya.

“Kami melihat Argentina sebagai protagonis. Hari ini kami membuat perbezaan. Ini adalah pertandingan yang kompetitif,” kata penyerang Inter Milan itu.

Argentina turun dengan ­reputasi juara 14 kali. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya