Reezal bangga lihat semangat, prestasi beregu lelaki - Utusan Malaysia

Reezal bangga lihat semangat, prestasi beregu lelaki

REEZAL Merican (dua,kiri) ketika menonton aksi suku akhir beregu lelaki di Musashino Forest Sport Plaza. - IHSAN REEZAL MERICAN NAINA MERICAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang menonton sendiri perlawanan Aaron Chia-Soh Wooi Yik di Musashino Forest Sport Plaza, Tokyo bangga melihat prestasi yang ditunjukkan pasangan negara itu ketika mengejutkan beregu No. 1 dunia,  Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo dari Indonesia.

Kemenangan 21-14, 21-17 di Musashino Forest Sport Plaza itu membolehkan Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir dan berada di landasan baik untuk memburu pingat Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Kata Reezal, beliau sangat seronok dan gembira apabila mereka berjaya melangkah jauh tambahan pula mereka turun tanpa sebarang harapan tinggi berdasarkan rekod pertemuan sebelum ini.

Katanya, di atas kertas tampak mustahil untuk mereka menang tetapi kurang melakukan kesilapan mudah dan permainan yang agresif membolehkan kejutan terbesar berlaku di gelanggang badminton.

“Rekod 7-0, memang sesuatu yang sukar untuk kita menang tetapi semangat Jalur Gemilang itu berada dalam jiwa mereka untuk menampilkan aksi luar biasa.

“Bagi peminat di luar sana, terus berikan sokongan kepada mereka sehingga ke saat akhir kerana mereka sangat memerlukan untuk mara lebih jauh,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya