Rangkul kejuaraan kelapan? Perjalanan masih jauh - Utusan Malaysia

Rangkul kejuaraan kelapan? Perjalanan masih jauh

PEMAIN JDT meraikan kejayaan menumpaskan Selangor dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya kelmarin. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tidak mustahil Johor Darul Ta’zim (JDT) mampu mempertahankan gelaran Liga Super kelapan berturut-turut ketika saingan berbaki tujuh perlawanan.

Bagaimanapun pengendali Harimau Selatan, Benjamin Mora enggan berasa selesa walaupun pasukannya kini me­nerajui liga dengan kelebihan enam mata.

Kemenangan 3-1 ke atas Se­langor kelmarin dan kekalahan 0-2 pencabar utama mereka, Terengganu FC di tangan Melaka United FCmeletakkan JDT selesa di persada liga.

Mora menganggap perjalanan pasukannya masih jauh dan apa saja boleh berlaku dalam baki tujuh perlawanan.

“Terdapat kombinasi keputusan dalam bola sepak, kami menang mereka (Terengganu) kalah. Satu perkara yang bagus apabila mendahului enam mata.

“Saya rasa kami mahu menjadi juara sejak perlawanan pertama lagi tapi perjalanan masih jauh.

“Kita tidak tahu mungkin ada kejutan dan setiap pasukan walaupun yang berada di kedudukan bawah, mereka akan beri tentangan 150 peratus.

“Kami sedar perkara itu, jadi perlu berhati-hati dan fokus satu perlawanan ke satu perlawanan.

“Tiga mata malam ini (semalam) beri keyakinan kepada pemain tapi kami hormati liga dan lawan yang akan datang, dan perlu bersedia untuk berdepan Perak (Sabtu ini),” katanya.

Sementara itu, pengendali Selangor, Karsten Neitzel me­ngakui kegagalan memanfaatkan beberapa peluang terutama pada babak kedua antara punca kegagalan Red Giants.

“Sekarang tempoh yang sukar tapi kami akan hadapi cabaran itu. Kami perlu lakukan proses pemulihan dengan baik dan saya akan lihat beberapa pemain dari pasukan kedua,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya