Ramal keputusan 3-3, pertaruh menang besar - Utusan Malaysia

Ramal keputusan 3-3, pertaruh menang besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEORANG pertaruh menang 114,660 pound (RM660,000) selepas ramalannya dua aksi pusingan 16 akhir akan berkesudahan 3-3 dalam permainan sebenar menjadi kenyataan.

Perancis dan Switzerland terikat 3-3 selepas tamat 90 minit permainan sebelum Les Bleus ditunjukkan jalan keluar menerusi penentuan sepakan penalti 5-4.

Sepanyol dan Croatia juga terikat 3-3 sebelum La Roja menyingkirkan lawannya 5-3 menerusi dua jaringan masa tambahan.

Peminat yang tidak didedahkan identitinya itu hanya bertaruh 10 pound (RM57.48) untuk setiap perlawanan.

Menurut jurucakap firma pertaruhan William Hill, untuk meramalkan dengan tepat keputusan akan berakhir 3-3 – bukan satu tapi dua perlawanan adalah sesuatu yang luar biasa. 

Katanya, pelanggan berusia lewat 30-an yang tinggal di Bath, Somerset itu meletakkan wang pertaruhan pada pukul 6.25 pagi Isnin. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya