Raih perak Olimpik, dapat piza percuma seumur hidup - Utusan Malaysia

Raih perak Olimpik, dapat piza percuma seumur hidup

AKSI Mirabai Chanu ketika bersaing dalam acara angkat berat 49kg wanita di Tokyo kelmarin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Mirabai Chanu tidak menyangka kejayaan memenangi pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam acara angkat berat membolehkannya menerima hadiah istimewa iaitu menikmati piza seumur hidup.

Chanu, 26, menamatkan kemarau dua dekad India untuk memenangi pingat dalam sukan angkat berat apabila meraih perak kategori 49 kilogram wanita kelmarin.

Sejurus tamat pertandingan, Chanu menyuarakan hasrat untuk menikmati piza apabila pulang ke tanah air kerana terpaksa mengamalkan diet yang sangat ketat dalam persiapan menghadapi Sukan Olimpik.

“Pertama sekali, saya mahu makan piza. Sudah lama saya tidak menikmatinya iaitu sejak kali terakhir. Saya akan makan dengan banyak,” katanya kepada NDTV ketika ditemubual selepas kemenangan.

Hasrat Mirabai itu menarik perhatian Domino’s India yang kemudian mahu menghargai kejayaan atlet itu dengan cara istimewa.

Dalam media sosial rasminya, Domino’s  berjanji jaguh Olimpik mereka akan dapat menikmati piza secara percuma dengan segera.

“Tahniah berjaya membawa pulang pingat!. Anda menyalakan kembali impian berbilion rakyat India dan tiada yang lebih menggembirakan kami daripada menghadiakan piza percuma seumur hidup. Tahniah sekali lagi!!,” tulis Domino’s dalam Twitter. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya