'Que sera sera, we're going to Wembley' - Utusan Malaysia

‘Que sera sera, we’re going to Wembley’

SEBAHAGIAN penyokong England yang menggamatkan Stadio Olimpico, Rome ketika England menentang Ukraine pada suku akhir Euro 2020 awal pagi tadi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROME: It’s Coming Home’ bukan lagi lagu kegemaran penyokong England ketika ini, sebaliknya Que sera sera, we’re going to Wembley kini tular selepas Three Lions membenam Ukraine 4-0 untuk mara ke separuh akhir Euro 2020.

Biarpun penyokong dari England tidak dibenarkan memasuki Rome kerana larangan pandemik Covid-19, namun itu tidak menghalang rakyat mereka yang menetap di Itali untuk menaikkan semangat pemain dan menggamatkan Stadio Olimpico.

Keadaan menjadi gamat ketika Harry Kane membuka jaringan seawal minit keempat dan peminat mula menyanyi dengan lebih kuat apabila ketua pasukan mereka itu menambah gol kedua pada minit ke-50.

Suasana di Rome benar-benar ‘gila’ apabila kapten dua pasukan bermusuh – Harry Maguire (Manchester United) dan Jordan Henderson (Liverpool) melengkapkan kemenangan 4-0.

Sepanjang perlawanan, stadium dihangatkan dengan lagu Que sera, sera. Whatever will be, will be. We’re going to Wembley!.

England akan menentang Denmark dalam separuh akhir di Stadium Wembley, London pada Khamis ini, malah perlawanan akhir Euro 2020 juga akan berlangsung di stadium keramat Three Lions itu.

Ini kali pertama England bermain di luar kota London dalam kempen Euro 2020, namun situasi itu nyata tidak menghalang anak-anak buah Gareth Southgate untuk meneruskan rekod cemerlang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya