Perkampungan Sukan catat kes pertama Covid-19 - Utusan Malaysia

Perkampungan Sukan catat kes pertama Covid-19

SUASANA dalam Perkampungan Sukan Olimpik di Tokyo.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Enam hari menjelang upacara pembukaan Sukan Olipik Tokyo 2020, satu kes jangkitan Covid-19 dicatatkan di Perkampungan Sukan, kata penganjur hari ini.

“Ada seorang individu dalam perkampungan (dijangkiti virus). Itu kes pertama yang dilaporkan semasa ujian saringan,” kata jurucakap Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020, Masa Takaya dalam sidang akhbar.

Individu tersebut yang tidak didedahkan namanya sudah dikeluarkan dari Perkampungan Sukan dan menjalani kuarantin.

“Individu itu kini menginap di hotel.

“Kami melakukan segala-galanya untuk mencegah wabak Covid-19. Jika terdapat kes positif, kami sudah mempunyai perancangan bagi memastikan tiada penularan berlaku,” kata Ketua Jawatankuasa Penganjur, Seiko Hashimoto.

SUASANA dewan makan dalam Perkampungan Sukan Olimpik di Tokyo. – AFP

Sukan Olimpik 2020 yang sudahpun ditunda setahun akibat pandemik berkenaan berlangsung dalam kawalan keselamatan yang amat ketat dengan penganjur mengambil semua langkah terbaik bagi memastikan ia berlangsung selamat.

Kelmarin, penganjur mengesahkan terdapat 14 jangkitan baru yang disahkan di Jepun berkaitan dengan Sukan Olimpik sejak 1 Julai. Ia menjadikan jumlah keseluruhan dalam tempoh tersebut meningkat 44 orang.

Kontinjen daripada beberapa negara terpaksa dipisahkan kerana masalah Covid-19, sekali gus menimbulkan keresahan buat pada atlet yang akan bakal bertanding dari 23 Julai hingga 8 Ogos. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya