'Perasaan paling teruk di dunia' - Utusan Malaysia

‘Perasaan paling teruk di dunia’

HARRY Kane melangkah lemah di depan pemain Itali selepas England tewas dalam final Euro 2020.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kapten England, Harry Kane mengakui kekalahan menerusi penentuan penalti kepada Itali dalam final Euro 2020 memberi perasaan ‘paling teruk di dunia’.

Hanya dan Harry Maguire menyempurnakan sepakan England ketika Three Lions tewas 2-3 di Wembley selepas 120 minit permainan sebenar berakhir 1-1.

Marcus Rashford, Jadon Sancho dan Bukayo Saka gagal menyempurnakan sepakan, sekali gus menyebabkan England kempunan lagi untuk menjulang trofi utama sejak Piala Dunia 1966.

“Penalti adalah perasaan paling teruk di dunia apabila anda tewas. Sesiapa saja boleh gagal. Penalti adalah penalti.

“Kami sedang melalui proses. Pemain-pemain sudah memberikan apa yang mereka mampu, cuma ia bukan malam kami,” kata Kane.

Luke Shaw meledak gol terpantas dalam sejarah perlawanan akhir Kejohanan Eropah apabila meletakkan England di depan seawal minit kedua.

Bagaimanapun jaringan tonggak pertahanan Itali, Leonardo Bonucci pada minit ke-67 mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Kane mengakui England tersilap langkah apabila terlalu berhati-hati selepas mendahului permainan.

“Kami berdepan pasukan yang amat bagus. Kami bermula sempurna, mungkin merosot sedikit pada satu ketika. Mereka mengawal bola sepanjang masa.

“Kami sebenarnya dapat mengawal keadaan apabila mereka tidak banyak mencipta peluang. Mereka mendapat gol hasil situasi bola mati dan selepas itu 50-50.

“Kami menang bersama, kalah bersama. Kami akan belajar dan memperbaikinya. Pemain-pemain akan bangkit di Piala Dunia tahun depan.

“Anda perlu berbangga. Kami mengharungi kejohanan yang hebat,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya