Perak raih mata berharga - Utusan Malaysia

Perak raih mata berharga

PENYERANG Perak FC, Nana Poku (kiri) bersaing merebut bola tinggi dengan pemain Kuala Lumpur City FC, Irfan Zakaria dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak mengutip satu mata berharga apabila mengikat Kuala Lumpur City FC 0-0 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak di sini, sebentar tadi.

Keputusan itu  meletakkan Bos Gaurus kembali di atas landasan betul bagi menghadapi baki saingan.

Berbanding ketika tumpas 0-5 kepada Terengganu sebelum ini, anak-anak buah Chong Yee Fatt mempamer permainan bersemangat untuk mengecewakan skuad The City Boys yang turun berbekal semangat seri 1-1 dengan pasukan tetangga Selangor, Sabtu lalu.

Kuala Lumpur yang tampil dengan dua bekas pemain Perak, J. Partiban dan Kenny Pallraj mengasak sebaik saja perlawanan bermula.

Pasukan pelawat menguji pintu gol Perak seawal minit ketiga tetapi Azri Ghani yang diturunkan buat pertama kali bertindak cemerlang menguis keluar percubaan jarak jauh penyerang lawan.

Perak juga berpeluang melalui Mohd Izzuddin pada minit ke-10 tetapi gagal menemui sasaran.

Rembatan kencang Izuddin pada minit ke-22 diselamatkan penjaga gawang Kuala Lumpur, Kevin Ray Mendoza.

Skrip babak kedua menyaksikan kedua-dua pasukan berusaha mencari gol pendahuluan tetapi tidak berjaya.

Tuan tumah tampak lebih agresif pada pertengahan babak kedua dan Charlie Machell mempunyai dua peluang keemasan meletakkan pasukan The Bos Gaurus di hadapan tetapi bola ditonjolnya tidak nelepasi garisan gawang .

kuala Lumpur turut mencipta peluang menjaringkan gol tetapi gagal disudahkan oleh pemainnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya