Penyu masih harap keajaiban - Utusan Malaysia

Penyu masih harap keajaiban

TERENGGANU menerima kunjungan Perak dengan misi mengutip tiga mata.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Peluang untuk bersaing dalam Piala AFC musim ini yang semakin pudar tidak melemahkan Terengganu FC, sebaliknya mereka masih menaruh harapan kepada talian hayat terakhir Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Ketua Pegawai Operasi Terengganu FC Sdn. Bhd., Mohd. Sabri Abas, berdasarkan talian hayat itu, AFC memberikan tempoh tiga hari untuk melihat jika ada negara yang menawar diri menjadi tuan rumah menggantikan Singapura.

“Jika masih tiada venue yang ditetapkan dalam tempoh itu, maka perlawanan bagi Kumpulan H dan I akan dibatalkan terus oleh AFC.

“Kami harap ada keajaiban berlaku dan menunggu maklum balas daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan AFC, besar harapan kami agar Piala AFC tetap berlangsung,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Sabri berkata, Sang Penyu telah melakukan persiapan rapi dengan pemilihan pemain berkualiti bagi menghadapi cabaran di peringkat Asia di samping menjalani latihan berpusat semata-mata untuk beraksi dalam Piala AFC.

Sementara itu, penularan Covid-19 yang semakin buruk di rantau Asean dan Asia Selatan menyebabkan pembatalan Piala AFC 2021 untuk kedua-dua zon tidak dapat dielakkan.

Pertandingan itu pada mulanya dijadual berlangsung bulan lalu, namun keputusan ­Singapura menarik diri sebagai tuan rumah menyaksikan AFC perlu menunda tarikh ke akhir Julai untuk mencari venue baharu.

Begitupun, disebabkan kes semakin meningkat menyaksikan kesukaran untuk mendapatkan venue baharu dan Jawatankuasa AFC bersetuju mengekalkan struktur keseluruhan pertandingan yang menyaksikan hanya enam daripada 10 kumpulan akan meneruskan pertandingan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya