Pengharapan terhadap Zii Jia terlalu tinggi - Reezal - Utusan Malaysia

Pengharapan terhadap Zii Jia terlalu tinggi – Reezal

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harapan rakyat Malaysia terhadap perseorangan No.1 negara, Lee Zii Jia di Tokyo sangat tinggi sehingga mereka lupa ia adalah pemain Sukan Olimpik pertama buat pemain muda itu dalam kariernya.

Dalam aksi di Musashino Forest Sport Plaza kelmarin, Zii Jia, 23, tewas kepada juara bertahan dari China, Chen Long 21-8, 19-21, 5-21.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, aksi tersebut merupakan persembahan terbaik buat Zii Jia dan dia berdepan dengan pemain berpengalaman seperti Chen Long.

“Pengalaman memang berpihak kepada Chen Long dalam perlawanan itu tetapi tidak bermakna ia sudah berakhir buat mereka.

“Kesungguhan mereka sudah berikan, badminton sudah membuktikan mereka berjaya meletakkan nama Malaysia di pentas dunia jadi, kita tinggal untuk berdoa sahaja,” katanya.

REAKSI Azreen Nabila Alias (kiri) bersama pelari Congo, Natacha Ngoye Akamabi selepas melengkapkan larian 100m wanita.

Dalam pada itu, Reezal Merican mengucapkan terima kasih kepada Lee Hup Wei dan Azreen Nabila Alias kerana sudah memberikan aksi terbaik mereka di temasya itu.

Katanya, persembahan Hup Wei sememangnya tersasar daripada harapan sebenarnya kerana dia seorang yang berpengalaman dengan rekod yang cukup baik.

Azreen pula katanya, hadir dengan wildcard tetapi berjaya membuktikan dirinya antara yang terbaik apabila mencipta rekod terbaik peribadi dengan 11.77s dalam saingan awal 100 meter wanita sebelum menamatkan larian pusingan pertama dengan catatan 11.91s.

AKSI Lee Hup Wei dalam saingan awal lompat tinggi lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020. – AFP

Perjuangan jaguh lompat tinggi negara, Hup Wei dalam penampilan ketiganya di Sukan Olimpik berakhir dengan mengecewakan apabila dia gagal melepasi ketinggian 2.17m sedangkan catatan perubadi terbaiknya 2.29m.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada Hup Wei atas jasanya mewakili negara selama 17 tahun dan saya akan minta MSN (Majlis Sukan Negara) untuk melihat apa peranan yang boleh dilakukannya selepas ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya