'Pengajaran buat kami' - Utusan Malaysia

‘Pengajaran buat kami’

PANDELELA Rinong (kiri) dan Leong Mun Yee gagal meraih pingat dalam 10mplatform seirama.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penerjun negara, Pandelela Rinong mengambil kekalahan bersama Leong Mun Yee dalam acara 10m platform seirama sebagai pengajaran untuk dia beraksi lebih baik dalam acara akan datang.

Dia juga yang pernah meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik London 2012 mahu mencapai impiannya meraih pingat buat Malaysia dalam temasya kali ini walaupun bakal berepan cabaran getir dari negara lain.

“Sekarang ini masa untuk pandang ke hadapan dan sedia untuk acara akan datang kerana acara ini sudah selesai.

“Memang ada tekanan untuk dapatkan pingat sebab sebelum ini (Rio 2016) ada pingat. Tetapi tidak mengapa saya sudah cuba yang terbaik dalam acara ini,” katanya.

Pandelela bersama Cheong Jun Hoong akan turn beraksi pada 4 Ogos ini dalam acara 10m platform bagi menghidupkan peluang negara meraih pingat di temasya itu.

Sementara itu, Pandelela juga mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana memberikan sokongan sepanjang mereka beraksi dalam acara itu.

Dalam saingan di Pusat Akuatik Tokyo, Pandelela dan Mun Yee meraih 277.98 mata, dengan pingat emas menjadi milik gandingan penerjun China, Chen Yuxi dan Zhang Jiaqi yang mengumpul 363.78.

Pingat perak pula dimenangi penerjun Amerika Syarikat, Jessica Parratto dan Delaney Schnell, manakala gangsa milik pasangan Mexico, Gabriela Agundez dan Alejandra Orozco.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya