Pelumba BMX terlanggar pegawai 'cuai' - Utusan Malaysia

Pelumba BMX terlanggar pegawai ‘cuai’

NIEK Kimmann mengalami kecederaan lutut selepas berlanggar dengan pegawai yang melintasi trek di Olimpik Tokyo.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Pelumba BMX Belanda, Niek Kimmann terlibat dalam kemalangan selepas berlanggar dengan seorang pegawai Sukan Olimpik Tokyo yang sedang menyeberangi laluan trek.

Insiden tersebut berlaku ketika Kimmann yang juga pelumba pilihan, sedang melakukan aksi pemanas badan di atas trek menjelang aksi sebenarnya, esok.

Secara tiba-tiba, pegawai temasya tersebut dengan cuai melintas laluan tersebut sebelum Kimmann gagal mengelak dan melanggarnya di Ariake Urban Sports Park.

Kemalangan tersebut menyebabkan pelumba berusia 25 tahun itu mengalami kecederaan ringan di lutut.

Menerusi video yang dikongsikan Kimmann di Twitter, pegawai terbabit bagaimanapun tidak bangun kembali selepas dilanggar.

“Jadi inilah yang berlaku hari ini. Berlanggar dengan pegawai yang sedang melintasi laluan trek.

“Harap dia baik-baik sahaja. Lutut saya sakit, namun saya akan memberikan yang terbaik untuk bersedia pada hari Khamis ini.

“Terima kasih kepada mereka yang memberikan ucapan kepada saya. Saya amat menghargainya,” kata pelumba itu menerusi Twitter.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya