Pekerja, murid dibenarkan masuk lewat - Utusan Malaysia

Pekerja, murid dibenarkan masuk lewat

PARA penyokong skuad Three Lions memanjat lampu isyarat ketika berkumpul di London menjelang perlawanan akhir Euro 2020 melibatkan England dan Itali di Stadium Wembley.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penyokong England diberikan ‘masa tambahan’ untuk berehat selepas kebanyakan syarikat membenarkan kakitangan mereka memasuki kerja lewat susulan perlawanan akhir Euro 2020 nanti.

Memetik laporan The Sun, bukan sahaja pekerja, malah murid juga boleh berbuat demikian dengan sekolah menyarankan mereka untuk menikmati perlawanan tersebut

Bagaimanapun, ‘nikmat’ tersebut hanya boleh dikecapi sekiranya skuad Three Lions berjaya menumbangkan Itali dalam saingan yang akan berlangsung di Stadium Wembley.

Salah sebuah sekolah rendah England, Salcombe Church di Devon berkata, murid-murid juga berhak untuk berjaga lewat malam dan menonton pertandingan tersebut.

“Jika anak-anak anda merupakan salah seorang penyokong dan mahu berjaga lewat malam untuk menyaksikman perlawanan akhir Euro 2020 melibatkan England dengan Itali, biarkan mereka berbuat demikian.

“Pihak sekolah membenarkan mereka memasuki sekolah sehingga pukul 10.30 pagi Isnin.

“Kami juga akan membenarkan mereka berehat di sekolah berbanding ponteng ataupun penat di dalam kelas sehingga sukar memberikan perhatian.

“Sekolah akan bermula pukul 8.40 pagi, namun jika murid-murid tiba sehingga pukul 10.30 pagi, ia tidak dianggap lewat,” kata sekolah terbabit menerusi Facebook.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya