Nur Suryani elak kesilapan mudah - Utusan Malaysia

Nur Suryani elak kesilapan mudah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun beraksi atas tiket wildcard (jemputan), Nur Suryani Mohd. Taibi mahu memberikan persembahan terbaik apabila beraksi dalam saingan 50 meter air rifle wanita Sukan Olimpik ­Tokyo 2020 hari ini.

Penembak berpengalaman berusia 39 tahun itu mahu mengelak kesilapan mudah dan enggan memberi tekanan kepada diri sendiri apabila membuat penampilan keduanya dalam Sukan Olimpik.

Walaupun 50m air ­rifle acara kegemarannya, Nur Suryani enggan terlalu selesa dan menganggap saingan kali ini berbeza dengan penampilan di London 2012.

“Acara kegemaran atau tidak, ia bukan isu kerana apa yang penting adalah beri sepenuh fokus serta cuba tampilkan aksi terbaik apabila turun ke lapang sasar nanti.

“Sudah tentu saingan kali ini berbeza kerana pada Sukan Olimpik 2012 saya beraksi dalam 10m air rifle ketika hamil lapan bulan,” katanya.

Pada masa sama, Nur Suryani yang juga pemenang dua pingat emas Sukan SEA percaya dia lebih bersedia kali ini.

“Persediaan lebih baik pada Olimpik kali ini. Fokus saya sekarang adalah elak kesilapan selain cari jalan bagaimana untuk bangkit jika ada kekurangan semasa pertandingan nanti,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya