Nasihat Chong Wei kepada Zii Jia cuit hati peminat - Utusan Malaysia

Nasihat Chong Wei kepada Zii Jia cuit hati peminat

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Ikon badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini menitipkan nasihat kepada Lee Zii Jia selepas kegagalannya meneruskan cabaran pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Chong Wei menasihati pemain itu agar tidak terlalu kecewa dengan kekalahan kepada Chen Long, apatah lagi ini adalah penampilan sulungnya di Olimpik dan lawannya adalah juara bertahan serta juara dunia dua kali.

Bagaimanapun di sebalik nasihat yang diberikan kepada juara All England, kata-kata Chong Wei di hujung hantarannya dalam media sosial mencuit hati peminat apabila dia dengan berseloroh mencadangkan Zii Jia agar bertukar tempat latihan sebaik saja pulang dari Tokyo.

Maybe lepas ni cari tempat training kat Melaka. Dengar kata training kat situ bole dapat emas Olimpik,” tulisnya.

Komen Ketua Kontinjen Malaysia (CDM) Sukan Olimpik Tokyo itu ditujukan kepada atlet angkat berat Filipina, Hidilyn Diaz yang mengujakan peminat sukan tanah air kerana menjalani latihan di Jasin, Melaka dalam persiapan menghadapi Olimpik.

Latihan hampir setahun yang dijalani di garaj tempat letak kereta sebuah rumah di Kampung Kesang Tua, Jasin itu membolehkan Hidilyn memenangi emas pertama negaranya.

Semalam, langkah Zii Jia di Tokyo tersekat selepas tewas 21-8, 19-21, 5-21 kepada Chen Long, pemain sama yang mengecewakan Chong Wei dalam perebutan emas di Rio 2016.

“Dibekalkan lebih pengalaman nanti, Chen Long pastinya sekadar lubuk untuk lu. Bai, Chen Long bukan calang-calang defending champion. Muka jer innocent tapi mamat tu memang ligat otak dalam penafsiran taktik pihak lawan.

“Semalam game I rasa dari segi power, speed and teknik, Zii Jia memang mengatasi Chen Long. Mungkin yang kurang, adalah cemas pada saat-saat penting. Olympic pertama kot, siapalah tak cemas? Game Chong Wei time first Olympic pun tak kemas.

“Yang penting, dongakkan dagu teruskan usaha. Next Olympic 3 tahun saja. Kejayaan anda bukanlah hilang, tetapi hanya di’tangguh’kan.

I’m proud of you. Malaysians are proud of you,” tulis Chong Wei, pemenang pingat perak Olimpik Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya