'Musuh Khairul hanyalah diri sendiri' - Utusan Malaysia

‘Musuh Khairul hanyalah diri sendiri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Sukar tetapi tidak mustahil.

Itu situasi pemanah harapan negara, Khairul Anuar Mohamad yang bakal berdepan juara dunia dua kali, Kim Woo Jin dari Korea Selatan pada peringkat kalah mati recurve individu lelaki Sukan ­Olimpik Tokyo 2020, Sabtu ini.

Khairul, 29, hanya selangkah untuk menyamai rekod suku akhir yang dilakar di London 2012 selepas melepasi dua aksi sengit semalam.

Naib juara dunia 2019 itu bangkit dari ketinggalan 1-5 ketika menewaskan Antti Vikstrom dari Finland 6-5 di pusingan 32 akhir.

Dia mengungguli saingan shoot-off selepas kedudukan terikat 5-5 (26-29, 28-28, 26-27, 28-22, 25-13) dan membidik tepat untuk meraih 10 mata.

Pada pusingan 16 akhir, Khai­rul mengenepikan Wang Dapeng dari China juga menerusi saingan shoot-off.

Selepas terikat 5-5 (25-28, 28-28, 27-26, 29-26, 26-27), Khairul cemerlang menguasai saingan penentuan untuk menang 6-5.

KIM WOO JIN

Begitupun lawan yang bakal ditentang Sabtu ini cukup hebat.

Woo Jin yang membantu Korea Selatan meraih emas berpasukan lelaki adalah juara dunia 2015 dan 2011.

Begitupun, Khairul percaya dia hanya perlu fokus kepada diri sendiri dan tidak perlu fikir terlalu jauh.

Katanya, keadaan angin yang sentiasa berubah adalah perkara yang lebih dibimbangi berba­n­ding lawan.

 

“Setiap kali menyertai pertandingan pasti saya tidak mahu kalah tapi diri sendiri yang mengundangnya kerana terlalu memikirkan kemenangan dan situasi semasa.

“Ia membuatkan diri sendiri ‘kacau’ sedikit.

“Untuk kedua-dua kebangkitan, mungkin sudah rezeki dan ditakdirkan untuk menang hari ini.

“Ya, saya berpuas hati dengan kemenangan ini tapi daripada segi panahan masih ada kekurangan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya