Misi Azzurri belum berakhir - Utusan Malaysia

Misi Azzurri belum berakhir

ROBERTO Mancini (tengah) meraikan kemenangan Itali bersama pemainnya selepas menyingkirkan Sepanyol pada separuh akhir di London hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengendali Itali, Roberto Mancini memberi amaran kepada anak-anak buahnya ‘ia belum berakhir’ selepas mereka menyingkirkan Sepanyol menerusi penentuan sepakan penalti untuk mara ke final Kejohanan Eropah (Euro) 2020.

“Pujian buat pemain tetapi ia belum berakhir. Kami mengembalikan tenaga selepas mengharungi perlawanan yang sukar.

“Sejak awal saya sudah jangkakan pertemuan dengan Sepanyol akan menjadi aksi paling mencabar dalam kejohanan ini. Aksi keenam kami, ia pasti memenatkan tetapi kami mahu ke final,” kata Mancini.

Itali menewaskan juara tiga kali, Sepanyol menerusi penalti 4-2 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam 120 minit perlawanan.

PENYOKONG Itali meraikan kejayaan pasukan mereka mara ke final Euro 2020 di Piazza Venezia, Rome awal pagi tadi. – AFP

Jaringan Federico Chiesa membolehkan Azzurri mendahului pada minit ke-60, namun pemain gantian, Alvaro Morata meledak gol penyamaan buat La Roja, 10 minit sebelum minit sebelum tamat permainan untuk mengheret saingan ke masa tambahan,

Selepas muncul wira Sepanyol, Morata kemudian gagal menyempurnakan sepakan penalti penentuan .

“Sepakan penalti penentuan adalah loteri. Ia aksi sengit kerana Sepanyol pasukan yang hebat.

“Mereka memberi kesukaran sejak dari awal permainan tetapi kita menemui jalan dan tidak begitu mengambil risiko. Kami layak untuk ke final. Ia tidak mudah dan ramai yang tidak percaya yang kami akan ke final,” kata Mancini.

Itali yang memburu kejuaraan Eropah pertama sejak 1968 akan bertemu England atau Denmark dalam perlawanan akhir, Ahad ini (3 pagi Isnin waktu Malaysia). – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya