Messi waspada ancaman Neymar - Utusan Malaysia

Messi waspada ancaman Neymar

LIONEL Messi (kiri) dan Neymar akan bermusuhan Ahad ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRASILIA: Lionel Messi memberi amaran kepada rakan-rakannya, Neymar mampu menjadi ancaman terbesar Argentina apabila berdepan Brazil dalam final Copa America, Ahad ini.

Bintang Barcelona itu berpeluang memenangi kejuaraan utama pertama dalam kariernya bersama Argentina selepas menyingkirkan Colombia 3-2 menerusi penentuan sepakan pe­nalti kelmarin setelah terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan.

Skuad Selecao yang dibimbing Tite pula mara ke final selepas menang tipis 1-0 ke atas Peru dalam satu lagi saingan separuh akhir, Selasa lalu.

Messi berkata, mengalahkan Brazil akan menjadi antara misi paling sukar dalam kariernya, namun yakin skuad La Albiceleste mampu menyambar trofi Copa America buat kali pertama sejak 1993.

“Brazil bersama Neymar akan menjadikannya sangat sukar dan mencabar. Kami sedar akan potensi mereka dan kemampuan Neymar secara individu.

“Perkara pertama yang saya mahukan adalah meme­nangi trofi bersama Argentina. Saya telah berkorban dan memberikan segalanya bersama skuad kebangsaan.

“Saya sering berjuang demi menjulang trofi kejuaraan. Sama ada kami menang atau kalah, kami sentiasa belajar dalam Copa America.

“Argentina berhak untuk ber­ada di pentas akhir. Kami perlu mengharunginya sekali lagi,” kata Messi selepas kemenangan mereka ke atas Colombia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya