‘Mereka tipu saya’ - Utusan Malaysia

‘Mereka tipu saya’

LEANDRO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: “Leandro dan Careca tipu saya”.

Itu luahan kata Ketua Jurulatih Perak FC, Chong Yee Fatt mengenai tindakan dua pemain Brazil itu yang meninggalkan pasukan Bos Gaurus kelmarin.

Menurutnya, tindakan dua pemain itu memang mengejutkan kerana sebelum itu mereka sudah berbincang.

“Saya merayu kepada Leandro terutamanya supaya kekal membantu Perak kekal dalam Liga Super. Saya minta dia bersabar untuk lebih kurang enam minggu sahaja lagi.

“Mereka sudah beri pengakuan untuk kekal dan menamatkan kempen Liga super ini,” katanya selepas perlawanan liga Super dengan Kuala Lumpur City kelmarin.

Yee Fatt berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan kedua-dua pemain ada menyerahkan surat mohon pelepasan sebaik sahaja kembali dari perlawanan di Terengganu, Ahad lalu.

“Sungguh tidak disangka. Mereka cakap lain buat lain. Saya sungguh kecewa dengan sikap Leandro terutamanya. Segala layanan baik Perak selama ini nyata tidak dihargai langsung,” tambah Yee Fatt.

Jurulatih itu terasa sangat dengan tindakan pemain itu kerana turut bertanggungjawab membawanya ke Perak pada 2016.

Katanya, Leandro bukan seperti pemain yang dikenalinya sejak isu kelewatan gaji melanda pasukan Bos Gaurus sejak awal tahun ini.

Yee Fatt mengakui tertekan dengan situasi yang berlaku dalam pasukan itu sekarang tetapi belum mengangkat bendera putih.

Jurulatih itu yakin masih ada sinar di hujung terowong buat Perak ber­dasarkan per­sembahan menentang Kuala Lumpur apabila seri 0-0.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya