McGregor janji akan kembali, anggap kemenangan Poirier 'haram' - Utusan Malaysia

McGregor janji akan kembali, anggap kemenangan Poirier ‘haram’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Conor McGregor menegaskan, dia akan kembali dengan lebih kuat selepas selamat menjalani pembedahan tiga jam bagi memperbaiki tulang kaki yang patah dalam pertarungan UFC 264 menentang Dustin Poirier semalam.

Jaguh seni bela diri campuran (MMA) Ireland itu memuat naik perkembangannya di Twitter dengan menjangkakan dia akan kembali ke Oktagon dan pulih sepenuhnya.

McGregor yang bakal menyambut ulang tahun ke-33 pada 14 Julai ini turut menjelaskan, saya berasa ‘luar biasa’ selepas menjalani pembedahan.

“Segala-galanya berjalan seperti dirancang. Semua lancar, saya rasa luar biasa. Saya mungkin perlu menggunakan tongkat selama enam minggu tetapi akan bangkit selepas itu.

“Ini hanya pusingan pertama. Alangkah baiknya untuk kembali ke pusingan kedua. Itu yang sepatutnya kerana inilah sifat semula jadi sukan ini. Kerosakan tibia (tulang betis) dan ia tidak sepatutnya.

“Dustin, anda boleh meraikan kemenangan tidak sah yang anda mahukan, tetapi anda tidak melakukan apa-apa di sana. Pusingan kedua akan berlangsung semula,” katanya.

Sementara itu, pihak pengurusan McGregor dalam kenyataan media berkata, pertarung Ireland itu menjalani pembedahan memperbaiki tulang tibia dan fibula.

“Doktor yang merawatnya termasuklah Dr. Neal El Attrache dari Kerlan-Jobbe dan pakar bedah, Dr. Milton Little dari Cedars-Sinai.

“Kedua-dua doktor yakin dengan masa yang ada dia akan dapat pulih sepenuhnya,” tulis kenyataan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya