Masomah inspirasi wanita pelarian - Utusan Malaysia

Masomah inspirasi wanita pelarian

MASOMAH ALI ZADA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AIGLE, Switzerland: Pela­rian Afghanistan, Masomah Ali Zada berharap penyertaannya dalam Olimpik Tokyo 2020 menjadi inspirasi buat atlet wanita lain yang terpaksa keluar dari negara mereka untuk mengejar impian beraksi di temasya sukan terbesar dunia itu.

Pelumba berusia 24 tahun yang akan beraksi dalam acara berbasikal lebuh raya pernah dilempar batu dan diserang secara fizikal di tanah airnya kerana memakai pakaian sukan serta menunggang basikal di tempat awam.

Dia akan bertanding di bawah bendera Pasukan Pela­rian ­Olimpik dan mewakili 82 juta orang di seluruh dunia yang terpaksa meninggalkan rumah mereka sama ada di negara sendiri atau sebagai pelarian.

Dia juga melihat dirinya sebagai wakil wanita yang tinggal dalam masyarakat yang ditindas dan atlet sukan wanita yang memakai hijab.

“Ia bukan tentang saya seorang, lebih tepat lagi untuk semua wanita di Afghanistan dan seluruh negara seperti Afghanistan yang tidak berpeluang untuk berbasikal.

“Ini juga buat semua pelarian yang terpaksa meninggalkan tanah air.

“Saya ingin membuka jalan untuk mereka terlibat sama sukan selepas saya,” katanya.

Masomah akan bersaing bersama 25 pelumba lain di ­Sukan ­Olimpik dalam acara ujian masa. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya