Mampukah Ronaldo dipintas? - Utusan Malaysia

Mampukah Ronaldo dipintas?

CRISTIANO RONALDO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Biarpun Portugal sudah tersingkir dan penyerang Republik Czech, Patrik Schick meledak lima gol dalam Euro 2020, namun Cristiano Ronaldo kekal sebagai pilihan untuk menyambar Kasut Emas selaku penjaring terbanyak.

Hanya pemain yang masih bersaing dalam kejohanan berpeluang memintas Ronaldo.

Ketika ini duo England, Raheem Sterling serta Harry Kane, selain bintang Denmark, Kasper ­Dolberg berada pada kedudukan paling hampir.

Biarpun Ronaldo berkongsi lima gol bersama Schick, namun kedua-dua pemain tidak dapat menambah jaringan ke­rana negara mereka sudah ter­singkir.

Jika tiada pemain mampu mengatasi angka lima, maka Ronaldo berkedudukan lebih baik untuk mengatasi Schick kerana dia bukan saja menja­ringkan gol, malah mencipta satu gerakan jaringan buat pasukannya.

Antoine Griezmann berjaya meraih trofi penjaring terba­nyak itu pada Euro 2016, manakala Kane memenanginya ketika membantu England mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018.

RAHEEM Sterling (kiri) dan Harry Kane mampu menjadi pencabar Kasut Emas jika meledak gol ketika England menentang Denmark.

Kejohanan kali ini penuh kejutan apabila lima penjaring terbanyak sudahpun tersingkir.

Penyingkiran Belgium, ­Pe­rancis dan Sweden menyaksikan Romelu Lukaku, Karim Benzema serta Emil Forsberg yang meledak empat gol terkeluar daripada persaingan Kasut Emas.

Kane, Sterling dan Dolberg mengutip tiga jaringan ­selepas melengkapkan lima perlawanan berpeluang menyambar Kasut Emas jika berjaya menambah jaringan apabila

England dan Denmark berentap dalam separuh akhir esok.

“Ia satu penghormatan untuk memenangi Kasut Emas, namun itu hanya anugerah peribadi yang tidak membawa erti jika pasukan gagal melakar kemenangan.

“Fokus saya membawa England ke perlawanan akhir dan cuba memenangi kejuaraan Eropah pertama.

“Pencapaian selain itu adalah bonus,” kata Kane, yang kuga penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris musim lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya