Malang England bertimpa-timpa - Utusan Malaysia

Malang England bertimpa-timpa

SUASANA di luar Stadium Wembley, London sebelum final Euro 2020 bermula, Isnin lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sudahlah kalah dan gagal merangkul kejuaraan Euro 2020, malang England bertimpa-timpa apabila didakwa oleh badan bola sepak Eropah, UEFA atas empat kesalahan yang dicetuskan penyokong mereka di Stadium Wembley, Isnin lalu.

UEFA hari ini mendakwa Persatuan Bola Sepak England (FA) kerana tindakan penyokong membaling objek, menceroboh padang, mengejek lagu kebangsaan Itali dan menyalakan suar.

Badan pentadbir bola sepak Eropah itu juga menjalankan siasatan berasingan mengenai tindakan penyokong merempuh penghadang keselamatan sebelum perlawanan bermula, yang memungkinkan mereka berdepan pertuduhan tambahan.

England tumpas menerusi penentuan sepakan penalti 2-3 selepas 120 minit permainan berkesudahan 1-1, namun kekecohan yang dicetuskan penyokong mereka lebih memalukan berbanding kekalahan Three Lions.

TINDAKAN penonton menceroboh ke padang dalam final Euro 2020 menyebabkan England terpaksa menanggung akibat. – AFP

Selepas tamat perlawanan, kekecohan turut tercetus di luar stadium apabila penyokong England dilihat bergaduh sesama sendiri, malah ada yang bertindak ganas menyerang peminat Itali.

Kesemua dakwaan itu hadir tiga hari selepas FA didenda 30,000 euro (RM149,000) gara-gara penyokong mereka memancarkan laser ke muka penjaga gol Denmark, Kasper Schmeichel dalam aksi separuh akhir.

“Prosiding tatatertib telah dibuka selepas tamat perlawanan akhir Euro 2020 antara Itali dan England yang dimainkan pada 11 Julai (12 Julai, 3 pagi waktu Malaysia) di Stadium Wembley, London.

“Kes ini akan ditangani oleh Badan Kawalan, Etika dan Disiplin UEFA (CEDB),” kata UEFA dalam satu kenyataan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya