Liu Ying 'pakai' mentaliti Rio - Utusan Malaysia

Liu Ying ‘pakai’ mentaliti Rio

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain beregu campuran negara, Goh Liu Ying mahu membawa mentaliti pada edisi 2016 sebagai bekalan bagi mengharungi Sukan Olimpik 2020 Tokyo yang akan bermula Jumaat ini.

Kata gandingan Chan Peng Soon itu, yang meraih pingat perak pada edisi lalu, mentaliti tersebut penting untuk mereka menempuhi perjalanan di Tokyo secara sistematik.

“Saya tidak menganggap ia sebagai tekanan, sebaliknya satu motivasi kepada saya di Olimpik Tokyo. Mungkin ramai yang menjangkakan kami berupaya meraih emas kali ini.

“Tetapi, saya tidak mahu fikir lagi. Apa yang penting, saya cakap pada diri saya bahawa kami kena lalui satu persatu dahulu. Jangan fikir terlalu ­banyak.

“Semasa di Olimpik Rio, begitulah mentaliti saya sehingga ramai yang tidak menyangka kami boleh menjejakkan kaki ke pentas akhir.

“Saya fikir mentaliti saya di Rio adalah yang paling bagus. Jadi, saya mahu kekalkan pemikiran sebegini untuk mengharungi Olimpik Tokyo,” kata­nya.

Selain juara All England, Lee Zii Jia, Liu Ying-Peng Soon turut dilihat sebagai prospek untuk membawa pulang emas Olimpik pertama untuk Malaysia.

Ini adalah penampilan ketiga gandingan itu di Olimpik selepas di London 2012 dan Rio 2016, di mana dalam penampilan sulung tersebut mereka terkandas di peringkat kumpulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya