Kontinjen negara berlepas ke Tokyo hari ini - Utusan Malaysia

Kontinjen negara berlepas ke Tokyo hari ini

SUKAN OLIMPIK 2020 Tokyo akan bermula pada 23 Julai hingga 8 Ogos ini.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hari ini merupakan hari terpenting buat Malaysia apabila seramai 18 atlet bersama 13 jurulatih akan berangkat ke Tokyo bagi memburu emas pertama di Sukan Olimpik.

Mereka akan menjadi kumpulan terbesar buat Malaysia yang berangkat ke Tokyo dalam meneruskan misi ke Sukan Olimpik 2020.

Antara yang berangkat hari ini menerusi penerbangan Japan Airlines pada pukul 10.50 malam termasuk atlet dari sukan renang, terjun, gimnastik, badminton dan memanah.

Kontinjen itu akan disertai oleh sembilan pegawai termasuk Setiausaha Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Naziffuddin Najib, Wong Choong Hann dan pegawai perubatan daripada Institut Sukan Negara (ISN) dan akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Ini adalah satu perkara yang kita nanti-nantikan, berlepasnya atlet kita esok (hari ini) bererti bermulanya perjuangan.

“Tatkala negara berdepan serba serbi yang dianggap suram, suasana keadaan ekonomi, Covid-19, ini yang juga dirasai seluruh dunia, sukan dianggap satu light at the end of the tunnel, bukan saja negara kita, malah semua negara.

“Semua persiapan berada dalam keadaan baik walaupun kita sedia maklum, kita telah berdepan dengan pandemik Covid-19 hampir 16 bulan, bukan mudah. 

“Kesukaran ini jauh lebih dirasai dan dihadapi oleh kalangan atlet yang terpaksa menjalani latihan untuk meneruskan perjuangan mereka dan memastikan pada waktu itu mendapatkan kelayakan” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Kontinjen negara diwakili 30 atlet dalam pelbagai sukan dengan badminton menjadi penyumbang terbesar dengan lapan atlet bertanding.

Pasukan terjun disertai lima wakil manakala sukan pelayaran (empat atlet) memanah (dua atlet), olahraga (dua atlet), basikal (dua atlet), golf (dua atlet), gimnastik (dua atlet), menembak (seorang atlet) dan berenang (dua atlet).

Sukan Olimpik Tokyo akan berlangsung pada 23 Julai hingga 8 Ogos ini tanpa kehadiran penonton akibat Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya