Kondom ‘rahsia’ pingat emas Fox - Utusan Malaysia

Kondom ‘rahsia’ pingat emas Fox

AKSI Jessica Fox ketika bertanding dalam perlumbaan kanu slalom individu wanita di Pusat Kanu Slalom Kasai kelmarin. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Atlet kanu Australia, Jessica Fox berterima kasih kepada ‘kondom’ yang telah membantunya memenangi pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Fox mengakui kondom mempunyai banyak kegunaan dan bukan untuk hubungan seks semata-mata apabila menggunakannya untuk memperbaiki kayak yang berlubang.

Atlet berusia 27 tahun itu yang memenangi emas dalam perlumbaan slalom individu wanita kelmarin mendedahkan, dia menggunakan kondom bagi menampal bahagian kayaknya yang berlubang.

“Mungkin ramai tidak tahu kondom boleh digunakan untuk membaiki kayak,” katanya yang menunjukkan demonstrasi memasukkan kondom di muncung kayak dalam satu video ringkas di media sosial sebelum beraksi pada ­Olimpik Tokyo 2020.

Pada mulanya Fox menggunakan campuran karbon untuk menampal bahagian kayak yang berlubang.

Selepas itu dia menggunakan kondom yang dianggap lebih kuat untuk memampatkan campuran karbon sebelum memulakan perlumbaan.

Penganjur menyediakan 150,000 kondom untuk atlet dengan mengesyorkan supaya ia dibawa pulang daripada digunakan di Perkampungan ­Olimpik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya