KKM, MKN sedia bantu atlet di Tokyo - Utusan Malaysia

KKM, MKN sedia bantu atlet di Tokyo

SMAIL Sabri Yaakob (tengah) menyampaikan amanat kepada 30 atlet negara yang bakal berentap dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada Majlis Amanat Perdana secara maya bersama Reezal Merican Naina Merican (dua dari kiri) hari ini. Turut hadir Mohamad Norza Zakaria (dua dari kanan), Megat D Shahriman Zaharudin (kiri) dan Lee Chong Wei.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) sedia menghulurkan bantuan jika terdapat mana-mana atlet yang beraksi di Sukan Olimpik 2020 Tokyo didapati positif Covid-19.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau mengharap perjalanan kontinjen negara sepanjang menyertai temasya tersebut yang akan bermula 23 Julai ini berjalan dengan lancar.

“Kita akan berbincang dengan KKM apa yang boleh dilaksanakan. Kalau boleh tiada satu pun atlet dijangkiti Covid-19.

“Kalau ada, kita akan sediakan sebaik mungkin untuk memberi bantuan kepada atlet. KKM dan MKN sentiasa bersedia,” katanya dalam Majlis Amanat Perdana kepada Kontinjen Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 hari ini.

Malaysia akan diwakili 30 atlet dalam 27 acara membabitkan 10 jenis sukan bagi Olimpik yang berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos ini.

Dalam masa sama, Ismail berkata, doa seluruh rakyat Malaysia turut mengiringi kontinjen negara ke Jepun, sekali gus mengharapkan agar lagu Negaraku dapat berkumandang di bumi matahari terbit itu.

“Saya mempunyai harapan tinggi walaupun tak terlibat secara langsung. Kita di pihak kerajaan telahpun cuba berikan ruang terbaik buat mereka berlatih dengan SOP (prosedur operasi standard) ketat dalam era pandemik Covid-19 ini.

“Saya harap peluang digunakan sepenuhnya untuk berjuang habis-habisan dan mencapai kejayaan di Tokyo demi memastikan nama negara subur dan harum di persada antarabangsa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya