Khairul mahu bidik 'perfect 10' - Utusan Malaysia

Khairul mahu bidik ‘perfect 10’

JURULATIH Malaysia, Lee Jae-hyung memantau latihan Khairul Anuar Mohamad dan Syaqiera Mashayikh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Enggan terlalu memikirkan tentang lawan atau pertandingan, fokus Khairul Anuar Mohamad adalah cuba melakukan bidikan 10 mata sebanyak mungkin dan jika itu berjaya dilakukan, kejayaan akan hadir dengan sendiri.

Biarpun tidak meletakkan sasaran pingat, terutama emas, namun lawan Khairul membuat silap besar jika meremehkan cabaran pemanah recurve Malaysia itu yang sudah membuktikan kehebatan dengan muncul naib juara dunia di Belanda 2019.

Khairul, 30, yang bakal membuat penampilan ketiga dalam Sukan Olimpik menegaskan, untuk melakar keputusan terbaik di Tokyo adalah dengan melupakan kegagalan lalu dan siapa yang bakal ditentang.

“Untuk mendapatkan keputusan terbaik, saya perlu memberi tumpuan kepada bidikan bukan pertandingan atau lawan,” katanya yang menduduki tangga keenam dalam Sukan Olimpik London 2012 tetapi tewas pada pusingan kedua di Rio 2016.

Pemanah kelahiran Terengganu itu akan memulakan kempen hari ini dengan beraksi dalam pusingan ranking bersama pemanah wanita negara, Syaqiera Mashayikh di Pusat Memanah Yumenoshima.

Bergandingan dengan Syaqiera, 21, dia akan bersaing dalam acara beregu campuran esok yang melibatkan peringkat penyingkiran. Saingan individu pula akan bermula pada Selasa depan.

“(Kontinjen) pemanah negara belum pernah memenangi pingat Sukan Olimpik. Jika dilihat dalam (acara individu), memang susah nak cakap peluang Khairul Anuar, namun kita belum tahu lagi siapa dalam kalangan pemanah di ranking 20 teratas yang menang (peluang terbuka).

“Apa yang boleh dikatakan peluang terbuka untuk semua dan kita harapkan ada khabar gembira,” kata jurulatih memanah kebangsaan, Lee Jae-hyung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya