Khairul hanya fokus buru ‘perfect 10’ - Utusan Malaysia

Khairul hanya fokus buru ‘perfect 10’

KHAIRUL ANUAR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Khairul Anuar Mohamad tidak mempedulikan reputasi besar yang dimiliki pencabarnya Kim Woo Jin dari Korea Selatan pada aksi kalah mati hari ini (8.59 pagi), sebaliknya hanya fokus kepada panahan sendiri bagi mencari ‘perfect 10’ dan melangkah ke suku akhir.

Woo Jin turun dengan re­putasi sebagai pemenang dua pingat emas Olimpik (berpasukan) dan juara dunia 2015 serta 2011, manakala Khairul adalah naib juara dunia 2019.

Kejayaan melangkah ke suku akhir akan membolehkan Khairul menyamai pencapaian di London 2012, namun pema­nah kelahiran Terengganu itu pasti cuba memburu keputusan lebih baik kerana persaingan pingat akan berlangsung pada hari sama.

Sebelum ini, dia mengatasi dua pencabarnya iaitu Annti Visktrom (pusingan pertama) dari Finland dan pemanah China, Wang Dapeng (pusingan kedua) menerusi penentuan shoot-off.

“Tipu kalau saya kata saya tidak tertekan kerana aksi sebelum ini cukup sengit dan berharap tidak terganggu pada hari pertandingan kerana ia akan menjejaskan persembahan saya.

“Namun, jika saya boleh beri tumpuan 100 peratus dalam setiap panahan, saya percaya boleh atasi sebarang tekanan dan keadaan angin pada pusingan ketiga nanti,” katanya.

Khairul, 29, menjadi wakil tunggal Malaysia yang meneruskan cabaran di peringkat kalah mati selepas selepas pemanah wanita, Syaqiera Mashayikh tersingkir di pusingan pertama, Ahad lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya