Kelly, Syaqiera layak ke Olimpik Tokyo - Utusan Malaysia

Kelly, Syaqiera layak ke Olimpik Tokyo

KELLY Tan (kiri) dan Syaqiera Mashayikh muncul atlet terbaharu negara layak ke Olimpik Tokyo.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kurang sebulan menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2020, Kelly Tan dan Syaqiera Mashayikh menerima perkhabaran menggembirakan apabila disahkan menjadi dua atlet terbaharu Malaysia bakal bertanding pada temasya terulung itu.

Penyertaan bintang golf wanita No. 1 negara, Kelly dan pemanah, Syaqiera itu disahkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) hari ini.

Syaqiera bakal membuat penampilan sulung dalam Sukan Olimpik, manakala Kelly melayakkan diri buat kali kedua selepas turut beraksi di Rio 2016.

Perkembangan terbaharu Syaqiera dan Kelly menyaksikan 26 atlet Malalaysia  sudah melayakkan diri ke temasya sukan terbesar dunia itu setakat ini, yang akan bermula dari 23 Julai hingga 8 Ogos.

Selasa lalu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengesahkan empat lagi atlet masih menunggu status kelayakan mereka iaitu dua dari olahraga Lee Hup Wei (lompat tinggi) dan Azreen Nabila Alias (100 meter wanita) serta dua perenang, Welson Sim (200m, 400m gaya bebas lelaki) dan Phee Jinq En (100m kuak dada wanita).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya