Kecekapan penganjur legakan Malaysia - Utusan Malaysia

Kecekapan penganjur legakan Malaysia

NAZIFUDDIN NAJIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sistem terbaik yang disediakan oleh penganjur Sukan Olimpik Tokyo 2020 mengurangkan keresahan kontinjen Malaysia selepas kes pertama jangkitan Covid-19 dicatatkan di Perkampungan Sukan. 

Semalam, penganjur dalam satu kenyataan mengesahkan, mereka telah mengesan kes Covid-19 selepas melakukan ujian saringan di Perkampungan Sukan, enam hari sebelum temasya membuka tirai pada 23 Julai. 

Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Nazifuddin Najib berkata, penganjur mengambil tindakan pantas sebaik saja mengesan individu yang positif dengan menghantarnya ke pusat kuarantin. 

“Sistem yang mereka ada sangat baik dan dapat mengesan wabak tersebut selepas melakukan pemeriksaan hampir setiap hari di Perkampungan Sukan. 

“Tindakan ini untuk memastikan tiada penularan terbesar dalam kalangan atlet yang akan bertanding. Kes pertama memastikan pihak penganjur akan terus menggiatkan kawalan lebih ketat selepas ini.

“Kontinjen negara akan sentiasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Tokyo dan kita akan memastikan atlet bersih dari Covid-19 selepas menjalani ujian harian selama tiga hari berturut-turut sebelum berlepas ke Jepun,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Seramai 18 atlet bersama 13 jurulatih telah berangkat ke Tokyo semalam, sekali gus menjadi kumpulan terbesar Malaysia ke Sukan Olimpik 2020 bagi dalam  misi membawa pulang pingat emas pertama.

Antara yang berangkat ke Tokyo adalah atlet renang, terjun, gimnastik, badminton dan memanah. 

Kontinjen itu akan disertai oleh sembilan pegawai termasuk Naziffuddin, Wong Choong Hann dan pegawai perubatan daripada Institut Sukan Negara (ISN).

“Pasukan negara telah melakukan persiapan dan meskipun beraksi dalam keadaan Covid-19, saya harap kita semua dapat melakukan terbaik buat negara,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya