Kane bakal bergelar pemain termahal Liga Perdana - Utusan Malaysia

Kane bakal bergelar pemain termahal Liga Perdana

HARRY KANE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Tottenham memberi lampu hijau kepada Harry Kane untuk menyertai Manchester City menerusi perpindahan yang bakal menjadikannya pemain termahal dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kapten England itu dikatakan sudah memaklumkan hasrat untuk meninggalkan kelab London tersebut sebelum Kejohanan Eropah (Euro) 2020 bermula kerana mahu memburu trofi selepas gagal merangkul sebarang kejuaraan sepanjang menyarung jersi Tottenham.

Spurs berusaha keras untuk mengekalkan penyerang utama mereka itu, namun pengerusi kelab, Daniel Levy akhirnya terpaksa melepaskan Kane.

Menurut akhbar The Sun, Tottenham sedia melepaskan Kane dengan yuran perpindahan 160 juta pound (RM930.50 juta).

Pemain berusia 27 tahun itu dikatakan bersetuju dengan tawaran gaji 400,000 pound (RM2.32 juta) seminggu bersama skuad The Citizens.

Jumlah tersebut sekali ganda berbanding gajinya di Tottenham, malah ia juga akan menjadikan Kane pemain termahal EPL.

Bintang tengah  City, Kevin De Bruyne kini memegang gelaran pemain termahal Liga Perdana dengan menikmati gaji 385,000 pound (RM2.24 juta) seminggu selepas melanjutkan kontraknya sehingga 2025.

Penyerang dan kapten Arsenal Pierre-Emerick Aubameyang berkongsi tangga ketiga bersama bintang baharu Manchester United, Jadon Sancho dengan gaji 350,000 pound (RM2.04 juta) seminggu.

Kane mengharungi musim cemerlang pada kempen 2020-2021 dengan meledak 33 gol dan 17 bantuan jaringan dalam 49 penampilan (semua kejohanan).

Dia juga memainkan peranan penting membawa England mara ke final Euro 2020 dengan menjaringkan empat gol dalam tujuh penampilan sebelum Three Lions tewas kepada Itali menerusi penentuan sepakan penalti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya