Juara dunia dua kali positif Covid-19, lupakan Olimpik 2020 - Utusan Malaysia

Juara dunia dua kali positif Covid-19, lupakan Olimpik 2020

SAM Kendricks terpaksa melupakan Sukan Olimpik selepas dijangkiti Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Juara lompat bergalah dunia dua kali, Sam Kendricks terpaksa melupakan Sukan Olimpik 2020 selepas dijangkiti Covid-19, umum Jawatankuasa Olimpik dan Paralimpik Amerika Syarikat (USOPC) di Twitter hari ini.

“Dengan sedihnya kami ingin mengesahkan, Sam Kendricks dijangkiti Covid-19 dan tidak akan bertanding dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020,” kata USOPC dalam satu kenyataan.

Kendricks memenangi dua pingat emas berturut-turut pada Kejohanan Dunia 2017 dan 2019, malah menjadi calon pilihan untuk meraih emas Olimpik bersama pemegang rekod dunia dari Sweden, Armand Duplantis.

Atlet berusia 28 tahun itu yang meraih gangsa di Rio 2016 kini menjalani pengasingan, menurut USOPC.

“Selaras dengan peraturan dan protokol setempat, dia telah dipindahkan ke sebuah hotel untuk ditempatkan secara berasingan di bawah pemantauan USATF (Persatuan Trek dan Padang Amerika Syarikat) serta pegawai USOPC.

“Sam adalah anggota pasukan Amerika Syarikat yang luar biasa dan berjaya. Kehadirannya akan dirindui. Bagi menghormati privasinya, kami tidak dapat memberikan lebih banyak maklumat buat masa ini,” kata USOPC.

Keputusan positif itu hadir hanya dua hari sebelum acara lompat bergalah lelaki bermula pada Sabtu ini. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya