Jual Pogba beli 3 pemain - Utusan Malaysia

Jual Pogba beli 3 pemain

PAUL POGBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Manchester United bersedia menjual Paul Pogba kepada Paris Saint-Germain (PSG) dan tidak rela melepaskan bintang tengah Perancis itu secara percuma pada musim panas depan.

Pemain berusia 28 tahun itu belum memutuskan mengenai masa depan di Old Trafford ketika kontraknya akan tamat pada 2022.

Ketika kedudukannya masih terbuka, PSG menyatakan minat terhadap pemain itu, selain kelab lamanya, Juventus yang bersedia mengadakan rundingan terperinci.

United membayar sekitar 86 juta pound (RM499 juta) kepada Juventus ketika membawa masuk Pogba pada 2016, dan mahu mendapat sedikit pulangan daripada pelaburan besar telah dikeluarkan, apatah lagi, Ole Gunnar Solskjaer memerlukan dana untuk menguatkan skuad.

Pengurusan tertinggi United mungkin memilih untuk menjual Pogba daripada mengekalkannya dan kemudian berisiko hilang pemain itu secara percuma tahun depan.

Portal sukan, Le 10 Sport melaporkan United meletakkan sekitar 70 juta pound (RM406 juta) untuk harga Pogba, manakala Canal Supporters pula mendakwa, rundingan mengenai perpindahan Pogba ke PSG sudah memasuki peringkat lebih jauh.

Menurut media England, wang hasil penjualan Pogba akan digunakan oleh Solskjaer untuk membeli beberapa pemain baru.

LEON GORETZKA

Bintang tengah Jerman, Leon Goretzka dari Bayern Munich menjadi sasaran utama United untuk dibawa masuk pada musim baharu.

Pemain berusia 26 tahun itu dilihat sebagai pengganti terbaik Pogba untuk merencanakan gerakan dari tengah padang.

Seorang lagi pemain yang menjadi perhatian, Eduardo Camavinga, bintang remaja Perancis berusia 18 tahun yang kini beraksi buat kelab Stade Rennais. Menurut media Perancis, United perlu membayar 25 juta pound (RM145 juta) untuk khidmat Camavinga.

Yves Bissouma pernah dikaitkan dengan Liverpool dan Arsenal, namun pemergian Pogba akan menyaksikan bintang Brighton itu menjadi sasaran United.

Berusia 24 tahun, The Seagulls meletakkan 30 juta pound (RM174 juta) sebagai harga yang perlu dibayar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya