Jinq En gagal ke separuh akhir - Utusan Malaysia

Jinq En gagal ke separuh akhir

SAINGAN di Pusat Akuatik Tokyo itu menyaksikan Phee Jinq En menamatkan saingan di tangga kelapan dalam saringan pertama.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perenang wanita kebangsaan, Phee Jinq En gagal ke separuh akhir selepas menduduki tangga tercorot keseluruhan acara 200 meter (m) kuak dada dalam Sukan Olimpik 2020, Tokyo, sebentar tadi.

Saingan di Pusat Akuatik Tokyo itu menyaksikan pemegang rekod 100m kuak dada wanita kebangsaan tersebut menamatkan saingan di tangga kelapan dalam saringan pertama.

Secara keseluruhan, Jinq En yang membuat penampilan kedua di Olimpik, menduduki tangga tercorot iaitu ke-31 menerusi catatan masa 2 minit 32.57 saat

Hanya 16 perenang terbaik diperlukan untuk beraksi di pentas separuh akhir.

Dalam acara tersebut Tatjana Schoemaker dari Rusia mengungguli perlumbaan menerusi catatan masa 2:19.16s.

Ahad lalu, Jinq En memecah rekod kebangsaan miliknya dalam acara 100 m kuak dada wanita pada aksi saringan kedua pusingan kelayakan.

Dia mencatat masa 1:08.40s sekali gus memperbaharui rekod kebangsaan yang dilakukannya sebelum ini di Sukan SEA 2019 Manila.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya