JDT lancar token digital, eratkan hubungan kelab dan penyokong - Utusan Malaysia

JDT lancar token digital, eratkan hubungan kelab dan penyokong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menunjukkan langkah ke hadapan mereka dalam arena bola sepak tempatan apabila muncul kelab pertama yang melancarkan inovasi ‘Digital Collectables’.

JDT dalam satu kenyataan memberitahu, inisiatif berkenaan merupakan satu kaedah baharu dalam menghubungkan penyokong skuad Harimau Selatan itu dengan kelab tersebut.

Menurut kenyataan tersebut, pengumpulan barangan itu adalah dalam bentuk Non-Fungible Tokens (NFT) yang membolehkan penyokong membuktikan milikan ke atas aset digital menggunakan teknologi ‘blockchain’.

“‘JDT Digital Collections’ akan membenarkan penyokong mengumpul karya seni yang diinspirasikan oleh kelab, dengan setiap token bakal membuka pelbagai cara untuk menghubungkan penyokong dengan kelab terkemuka Asia Tenggara ini.

“Di samping mengumpul token berkenaan, penyokong juga berpeluang menikmati pengalaman sekali seumur hidup seperti hospitaliti d’corporate box’, bersantai bersama pemain pasukan utama atau mempunyai akses kepada memorabilia JDT,” jelas kenyataan itu.

JDT turut memberitahu, pihaknya komited untuk berhubung bersama penyokong dengan cara lain dari yang lain.

“Penggunaan teknologi terbaharu seperti ‘blockchain’ ini akan membawa penyokong lebih rapat dengan kelab,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya