Jawatan CEO Perak FC 'berhabuk' sementara waktu - Utusan Malaysia

Jawatan CEO Perak FC ‘berhabuk’ sementara waktu

KHAIRUL Shahril Mohamed (dua dari kiri) bergambar selepas menyampaikan buggy kepada Pegawai Daerah Perak Tengah, Rozalinawati Che Roslee di PPV Dewan Serbaguna Seri Iskandar di Parit hari ini.- UTUSAN/HAFIZI SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT: Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perak FC kini kosong sementara waktu selepas Rizal Ali Naizali meletak jawatan sejak bulan lalu.

Ahli Lembaga Pengarah Perak FC, Khairul Shahril Mohamed berkata, ahli lembaga pengarah kelab itu akan mengambil tanggungjawab bersama bagi menggalas tugas sebagai CEO pasukan.

“Setakat ini, kekosongan kerusi CEO sementara sahaja dan kita mengambil keputusan untuk ahli lembaga yang menjalankan tugas itu, mengambil tanggung jawab secara bersama.

“Pada saya kita ada satu pasukan pengurusan yang kuat, jadi saya yakin dalam satu proses pengurusan yang kuat ini sebenarnya bukan bergantung kepada individu,” katanya.

Khairul Shahril ditemui pemberita selepas menyerahkan sumbangan sebuah buggy bagi kegunaan warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Serbaguna Seri Iskandar, di sini, hari ini.

Khairul Shahril yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri berkata,  Perak FC tidak merancang untuk mencari atau mengenal pasti mana-mana calon CEO buat masa ini.

“Kita belum merancang untuk membuka iklan, mencari, mengenal pasti calon dan sebagainya, belum lagi,” katanya.

Rizal meletak jawatan buat kali kedua pada 10 Jun lalu selepas mengumumkan pengundurannya pada 9 Mei iaitu sejurus selepas Perak kalah 2-3 kepada Sri Pahang dalam aksi Liga Super di Ipoh.

Mengenai peletakan jawatan Rizal, Khairul Shahril berkata, perkara itu baharu sahaja diputuskan dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Perak FC minggu lalu.

Katanya, pihaknya sudah lama menerima surat perletakan jawatan daripada Rizal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya